JomLapor ialah laman web yang berfokus pada advokasi bagi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]. Kami memperkasakan komuniti dan individu advokat untuk menyerlahkan keperluan penguatkuasaan yang lebih ketat melalui bukti fotografi.
Kami ingin mengurangkan kadar merokok/vape dan menjadikan kedua-duanya sebagai sesuatu yang tidak lazim di Malaysia. Sertai kami sebagai advokat komuniti dalam perjuangan memerangi tabiat merokok/vape di tanah air yang kita kasihi.