Apa yang Boleh Dilaporkan?

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] telah berkuat kuasa di Malaysia mulai 1 Oktober 2024. Kami memerlukan kerjasama anda untuk membantu menguatkuasakan undang-undang ini dan menyokong usaha menghentikan amalan merokok/vape di Malaysia.

Sila laporkan sebarang pelanggaran undang-undang ini yang anda ketahui atau saksikan. Undang-undang ini merangkumi perkara-perkara berikut:

Semua produk tembakau dan vape, termasuk rokok elektronik, mesti didaftarkan. Ini termasuk pengawasan ke atas penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan pengiklanan produk tersebut.

Kehendak pendaftaran produk merokok
  • Semua produk merokok yang ingin diimport atau dijual selepas 1 April 2025 hendaklah telah mendapat kelulusan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). [Tindakan penguatkuasaan bermula 1 April 2025]

Akta ini melarang sebarang bentuk pengiklanan, promosi, dan penajaan yang berkaitan dengan semua jenis produk merokok (produk tembakau, rokok eletronik/ vape dan produk pengganti tembakau), sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi mengurangkan pendedahan awam kepada pemasaran produk tersebut.

*Klik pada jadual di bawah untuk paparan skrin penuh

1. Larangan pengiklanan yang menyerupai produk merokok/vape
  • Contoh: Vitamin, kes telefon bimbit dan gula-gula yang menyerupai rokok/ vape
2. Larangan memberi atau menerima sebarang tajaan, pemberian, hadiah, ganjaran, biasiswa atau lain-lain faedah yang seumpamanya
3. Larangan penganjuran sebarang kempen, kursus, bengkel, forum, jerayawara, perundingan atau acara

Akta ini melarang penjualan produk berkaitan merokok kepada individu di bawah umur 18 tahun, dengan tujuan untuk mencegah golongan muda daripada mendapatkan akses kepada produk tembakau dan vape.

*Klik pada jadual di bawah untuk paparan skrin penuh

1. Larangan penjualan, pembelian dan penggunaan produk merokok oleh orang belum dewasa
  • Tiada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang daripada 18 tahun boleh terlibat dengan aktiviti penjualan produk merokok kepada atau oleh OBD, pembelian dan penggunaan melalui apa-apa cara.
 
2. Larangan penjualan di institusi pengajian, mesin layan diri, trak, pasar jualan dan secara dalam talian
3. Larangan penjualan produk merokok sebagai pemberian atau hadiah
4. Larangan pameran di kaunter jualan di kedai serbaneka
  • Produk merokok adalah dilarang untuk dipamerkan di kaunter jualan kecuali mengikut tatacara yang dibenarkan oleh KKM di dalam kabinet legap dan tertutup. [Tindakan penguatkuasaan bermula 1 April 2025.] 
5. Larangan pameran di kedai khas
  • Produk merokok adalah dilarang untuk dipamerkan di kedai khas kecuali mengikut tatacara yang dibenarkan oleh KKM di dalam kabinet legap dan tertutup.
6. Larangan pemasangan tanda amaran larangan merokok yang baharu [Tindakan penguatkuasaan bermula 1 April 2025]

Garis panduan ketat dikuatkuasakan untuk pembungkusan, termasuk keperluan amaran kesihatan wajib dan pelabelan standard bagi semua produk tembakau dan vape.

*Klik pada jadual di bawah untuk paparan skrin penuh

1. Larangan penjualan rokok, cerut dan produk dipanaskan kurang daripada harga RM12
2. Larangan pembungkusan pod pakai buang berbentuk permainan atau makanan
3.  Larangan pembungkusan dan pelabelan [Tindakan penguatkuasaan bermula 1 Oktober 2025]
Larangan merokok di kawasan atau tempat larangan merokok (kecuali bangunan dobi dan tempat kerja)

Di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], beberapa kawasan telah ditetapkan sebagai zon larangan merokok untuk melindungi orang awam daripada pendedahan kepada asap rokok terpakai. Kawasan yang dilarang merokok/ vape termasuk:

*Klik pada jadual di bawah untuk paparan skrin penuh