Apakah itu JomLapor?

JomLapor ialah laman web yang berfokus pada advokasi bagi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]. Kami memperkasakan komuniti dan individu advokat untuk menyerlahkan keperluan penguatkuasaan yang lebih ketat melalui bukti fotografi.

Kami ingin mengurangkan kadar merokok/vape dan menjadikan kedua-duanya sebagai sesuatu yang tidak lazim di Malaysia. Sertai kami sebagai advokat komuniti bagi memerangi tabiat merokok/vape di tanah air yang kita kasihi.

Penting untuk diingat bahawa semua gambar yang dikongsi di laman web ini adalah anonim (tidak dikenal pasti). Identiti anda akan dilindungi sepenuhnya dan tidak akan didedahkan. Setiap laporan yang dihantar akan disalurkan kepada pihak berkuasa, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, serta agensi berkaitan yang relevan. Sebagai sebuah kumpulan advokasi, kami juga akan mengetengahkan isu ini melalui saluran media, untuk memastikan isu ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan sosial dan bagaimana ia boleh mencetuskan perubahan tingkah laku dalam komuniti. Melalui peningkatan kesedaran serta tekanan daripada komuniti, kita dapat bersama-sama mencipta perubahan yang bermakna dalam melahirkan generasi masa depan yang bebas daripada asap rokok dan vape.

Laporan Terkini

Pengiklanan rokok/vape dan merokok tiruan di TV/ radio/ dalam talian/ media cetak/ media sosial/ papan iklan
Negeri : Kuala Lumpur Nama Kedai : Online Kesalahan : Pengiklanan rokok/vape dan merokok tiruan di...
Larangan pemasangan tanda amaran larangan merokok yang lama
Negeri : Negeri Sembilan Nama Kedai : KIPMall Senawang Kesalahan : Larangan pemasangan tanda amaran...
Larangan pemasangan tanda amaran larangan merokok yang lama
Negeri : Negeri Sembilan Nama Kedai : Taman Lavender Heights Kesalahan : Larangan pemasangan tanda...
Larangan pemasangan tanda amaran larangan merokok yang lama
Negeri : Negeri Sembilan Nama Kedai : INTI International University Kesalahan : Larangan pemasangan...

Rakan-rakan JomLapor